1 Awang, 1975). Oleh sebab itu, didapati bahawa

1

ANTOLOGI CERPEN

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

PENGENALAN

 

Kesusasteraan dapat didefinisikan
sebagai hasil seni yang di sampaikan melalui bahasa. Mengikut erti kata yang
lebih meluas, kesusasteraan bermaksud segala pengucapan yang indah-indah, disampaikan
secara lisan mahupun bertulis. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat sekarang dalam
kedua-dua bentuk ini, contohnya seperti dalam bentuk lisan dan bertulis.
Kesusasteraan juga merujuk kepada segala hasil karya dan ciptaan seni yang di
peroleh dalam kalangan masyarakat. Sastera terhasil daripada kesedaran dan
keinginan pengarang untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan
kehidupan.

 

Kebanyakan sumber –sumber
sastera terhasil daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacanya
untuk mengetengahkan apa yang dikongsi untuk tatapan masyarakat sekeliling. Hashim
Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu
memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa
menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu
dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan
terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan
tertentu. Pada kebiasaannya kesusasteraan di susun dalam bentuk karangan
seperti novel, cerpen, skrip drama, essei dan lain-lain lagi.

 

Secara ringkasnya, cerpen
ialah satu satu cabang karya bertulis dalam bidang kesusasteraan yang melihat
dan memahami proses interaksi pengarang dengan pembaca. Dari segi panjangnya,
cerpen Melayu di peringkat awal itu ada yang mengandungi kira-kira 160

2

perkataan,
manakala yang terpanjangnya pula mencapai kira-kira 48,000 perkataan (Hashim
Awang, 1975). Oleh sebab itu, didapati bahawa cerpen Melayu di peringkat
awal itu kurang tegas batas panjang pendeknya, selain kurang jelas strukturnya.
Disamping itu, antologi
cerpen juga merupakan buku yang mengandungi beberapa puisi hasil karya ramai
penyair.

 

‘Cerpen
Sentap’  tulisan Ahmad Shukery B. Azizan pada 2015 terbitan
Sentap Press Sdn Bhd yang mengandungi 213 halaman merupakan sebuah antologi
cerpen pilihan bagi  membicangkan mesej
yang ingin disampaikan oleh penulis. Cerpen ini merupakan sebuah cerpen dakwah
tarbiah untuk membuat hati pembaca tersentap kalau telah melakukan kesalahan
atau dosa. Secara amnya, pada hemat pengarang, mungkin manusia suka membaca
cerita daripada membaca sesuatu fakta. Secara strategik, pengarang meletakkan
beberapa pengajaran dengan menggunakan pendekatan terus terang tanpa
menggunakan kiasan dalam penulisannya untuk berdakwah. Malah, hampir semua
dalil atau quote kata-kata ulama’ ada sumber rujukan diberitahu. Ini semua
merupakan kelebihan yang terdapat di dalam ‘Cerpen
Sentap’ ini.

 

MESEJ
YANG INGIN DISAMPAIKAN DALAM ‘CERPEN
SENTAP’

 

Erti
Cinta Sebenar

 

Untuk mereka yang rasa bahawa
cintanya pada pasangan sebelum nikahnya adalah cinta yang tulus suci murni
kerana Allah dan kekal sampai akhirat, tapi mereka lupa bahawa cinta yang
sebenar adalah apa-apa cinta yang membawa ke Syurga dan memberi pahala, bukanya
cinta dosa dan Neraka. Secara tegas kita mengatakan perhubungan antara lelaki
dan perempuan sebelum kahwin sama ada berpasangan, bertemu janji, bermesej,
atau cara tradisional dengan

3

telefon, hal
ini adalah bercanggah dengan syariat Islam. Keadaan ini jelas boleh
mengakibatkan manusia menjadi lalai dan alpa untuk beribadah kepada Allah dan
tanggungjawab kerana sibuk dibuai perasaan indah yang dibius cinta oleh Iblis. Maka
perbuatan ini adalah haram kerana tidak lain tidak bukan banyak bertaqlid
kepada budaya dan amalan orang-orang kafir.

 

Sebagai contoh petikan di
dalam ‘cerpen sentap’ ini, Percintaan
antara Jamal dan Samarinda telah membuatkan mereka menjadi lalai dalam solat
dan tanggungjawab terhadap pelajarannya.

 

“Solat mana ada cuti. Lainlah kalau kau dah jadi bapok. Weh
bangunlah. Tiap-tiap minggu asyik bangun lewat je. Tu la.. Bergayut je kejanya.
Kau ni, ikhtilaf dah la tak jaga, solat pun tak jaga.” Samdol menggoyangkan badan
Jamal.

 

Tiada respon dari jamal.
Samdol mengeluh. 

 

“Apa nak jadilah. Sejak bercinta ni, habis semua ke laut.
Solat asyik gajah je, Quran dan berhabuk atas meja. Study lintang pukang..”

 

 Perbuatan-perbuatan ini dilakukan akibat dari
kejahilan serta sikap sambil lewa, ambil mudah terhadap hukum hakam syarak disamping
sikap bertangguh dalam mendalami ilmu agama seperti mana yang sepatutnya.

 

Dari sudut lain, Islam secara
tegas telah melarang umatnya supaya tidak menghampiri atau menghala kepada
perbuatan zina. Allah tidak mengatakan ‘jangan kamu berzina’, sebaliknya Allah
mengatakan ‘jangan kamu dekati zina’. Ini menunjukkan kepada kita bahawa bukan
zina

4

itu sahaja
yang dilarang, tetapi juga segala jalan-jalan, perbuatan-perbuatan yang membawa
kepada zina itu.

 

“Danial.. Maaf saya menolak luahan hati awak. Saya tidak
perlukan teman lelaki. Yang saya perlukan adalah seorang suami. Bukan sebarang
suami, tetapi seorang suami yang berdikari. Dan juga bukan sekadar berdikari,
tetapi ia mahu untuk terus memahami ad din ini..”

 

Petikan di dalam “cerpen sentap” ini telah menunjukkan
bahawa penolakan cinta Mari-am tehadap Danial. Menjaga pergaulan antara lelaki
dan perempuan bukan mahram dengan meninggalkan untuk bercinta atau sebagainya
sebelum kahwin merupakan langkah untuk menjauhi zina. Ketahuilah, ramai orang
berzina bermula daripada “hai” yang pertama. ” Kalau korang boleh buktikan
Rasulullah bercouple dengan khatijah
dan isteri-isteri baginda yang lain sebelum bernikah, maka hari ini saya akan bercouple sebelum nikah. Kerana yang
menjadi teladan saya adalah Rasulullah, bukan Barat” (Anonymous, 2015).

 

Menutup
Aurat

 

Untuk mereka yang rasa
perintah agama ini boleh buat mana yang mereka suka, tinggalkan mana yang
mereka tidak suka, sedangkan agama ini mesti diambil secara keseluruhan. Pada
dasarnya, agama telah memerintahkan umatnya supaya menutup aurat iaitu menutup suatu
anggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada
orang lain.

 

“Waktu saya mengajar kamu semua subjek Pengajian Islam, saya
lihat pelajar di hadapan saya semua berpakaian sopan. Yang tidak bertudung,
pakai selendang dan ada yang bertudung. Yang pakai seluar pendek, masa kelas
saya tiba-tiba pakai seluar panjang menutup aurat. Yang lelaki duduk bersama lelaki,
dan perempuan bersama perempuan.” Jelas Ustazah Rosiah.

 

5

“Tetapi yang menghairankan saya, kenapa bila kelas Pengajian
Bahasa Melayu ini, tiba-tiba terbuka semua aurat yang telah ditutup? Yang
lelaki menggatal duduk sebelah perempuan. Lain pula pemandangan saya daripada
biasa. Kalau saya silap, saya masih mengajar orang yang sama. Kenapa ada
perubahan?”

 

Tutur bicara Ustazah Rosiah
kepada pelajarnya di dalam “Cerpen
Sentap” ini telah membuat pelajarnya berasa malu kerana menganggap menutup
aurat bukan sebuah kewajiban dan membuka aurat bukan sebuah dosa. Pengajaran
yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah mentaati perintah Allah jauhi
larangan Allah bukan hanya di sesetengah tempat sahaja, tetapi di semua tempat.

 

Agama Bukan Magis

 

Untuk mereka yang rasa taubat
itu cukup hanya sekali, sedangkan Rasulullah dan para Nabi terdahulu pun banyak
kali istighfar dan bertaubat setiap hari. Konsep taubat pada umumnya ialah
kembali kepada Allah selepas menyesal dengan dosa yang telah dilakukan. Tidak
dapat disangkal, agama islam merupakan agama yang sangat istimewa antaranya dalam
bab taubat. Ada sesetengah agama yang jika ingin bertaubat, mereka terpaksa mengisi
borang dan sebagainya. tetapi islam tidak perlu. Dalam konteks ini, menyesal,
menginsafi dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
adalah perkara pertama mesti dilakukan bagi memohon keampunan daripada
Allah. 

Walau bagaimanapun islam
merupakan agama yang realiti dan praktikal dan bukannya agama yang magis. Perlu
dinyatakan, taubat tidak sesekali jika hari ini kita bertaubat, pada keesokan hari
kita menjadi alim ulama’ ataupun menjadi manusia yang paling soleh. Memahami
maksud

6

taubat itu
sebenarnya memerlukan komitmen dan disiplin. Seperti mana dosa yang selalu
dilakukan berulang, taubat juga seharusnya diulang setiap hari. Hal ini dipaparkan
pengarang ini seperti yang dapat dilihat dalam petikan di bawah.

 

            “Abis tu sampai
bila nak taubat?’ Aku sedikit hairan

 

            “Sampai moga-moga kita mati masa
tengah bertaubat, bukan tengah bermaksiat.”

 

Ringkasnya, watak Aman yang
menasihati Daus mengenai bab taubat ini mengimplikasikan bahawa jangan putus
asa dengan rahmat Allah, Lazimi taubat dan terus bertaubat sehingga kita
menghembuskan nafas yang terakhir.

 

Tidak
Sombong

 

Untuk mereka yang merasakan diri
mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan dari orang lain, sedangkan
segala kehebatan dan kelebihan itu milik Allah. Istilah sombong merujuk merasa
dirinya selalu benar dan merasa dirinya lebih hebat daripada orang lain. Menjadi
insan yang baik, seseorang individu perlu memahami pegangan agamanya, membuat
pengakuan tentang pegangan tersebut secara lisan, membenarkannya di dalam hati,
dan menterjemahkannya dalam tindakan dan amalan harian.

 

Pada zahirnya, tanda-tanda
sombong boleh dilihat kepada beberapa bentuk seperti susah menerima pandangan
orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik
daripadanya. Apatah lagi jika pandangan itu datang daripada orang yang lebih
rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi. Selain
itu juga, orang yang

7

mempunyai
sifat sombong mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, mereka
cepat tersinggung atau cepat naik darah. Contohnya jelas dimana watak Samdol
meminta Aiman berjumpa dengannya di sebuah café. Samdol telah menasihati Aiman
mengenai kesalahan yang telah dilakukan.

 

            Headshot dan checkmate. Namun ego aku mengatasi
segalanya.

 

“Ana mana ada couple dengan dia. Ana biasa-biasa je. Nama
pun ukhuwwahkan. Kami tak pegang tangan pun. Kami tahu batas agama..” Aku mula meninggi suara.  

 

Nada meninggikan suara ini
menggambarkan bahawa Aiman seorang individu yang sombong dan tidak boleh menerima
nasihat daripada rakan kampusnya. Malah, Aiman cuba mempertahankan kesalahan
dengan menggunakan kaedah fiqh, dalil Quran dan hujah yang jelas salah.

 

“Lagipun, buat apa Allah ciptakan manusia berpasangan kalau
tak saling kenal mengenali seperti Allah sebut dalam surah Hujurat. Tambahan
pulak, ana nak kahwin dengan dia nanti, dan ana cintakan dia kerana Allah dan
Rasul. Bukan suka-suka..”
Aku dan mula menggunakan dalil dan hujah entah apa-apa untuk mempertahankan
kesalahan dan dosa aku sendiri.

 

8

Bagi orang
Islam, janganlah menghalalkan dosa dengan hujah agama. Oleh itu, jikalau kita
telah menyedari, mengakui akan kesalahan dan rendahkan ego, maka bertaubatlah
bersungguh-sungguh. Perlu diingatkan bahawa iblis dahulu dibuang dari Syurga
bukan kerana tidak mempercayai Allah, tetapi sebab sombong dan ego.

 

KESIMPULAN

 

Kesimpulanya, daripada apa
yang kita lihat dan baca kita dapat fahami bahawa sastera mempunyai pelbagai
peranan dalam masyarakat pada zaman kini. Peranannya bukan setakat pada
masyarakat, malahan juga pada keadaan persekitaran. Selain itu, kita juga
mendapati terdapat ramai tokoh-tokoh sasterawan yang tersohor telah banyak
menghasilkan karya sastera yang sangat berkualiti dan berguna pada masyarakat
sekeliling. Karya sastera mampu membawa dunia baharu kepada pembaca dan dunia
ini memperkaya pembaca dalam konteks emosi dan intelek.

 

Sastera berupaya memberikan
pendidikan kepada emosi dan intelek pembaca. Pendidikan yang mampu dibawa oleh
sastera ialah satu pengertian lama tentang erti sastera, tetapi masih relevan
erti sastera kepada kehidupan manusia. Masyarakat yang maju ialah masyarakat
yang mampu berfikir tentang kehidupan dan sastera bererti kerana memiliki
kemampuan ini. Di harapkan kepada seluruh masyarakat agar mendalami ilmu
sastera dengan sewajarnya kerana jika kita abaikan sastera maka kesusasteraan
bangsa Melayu akan mati dan terkubur dan rakyat pula akan kembali ke alam cara
pemikiran yang lama.

 

Sebagai kesan kepada pembaca,
hasil karya sastera oleh Ahmad Shukery b. Azizan dalam bentuk antologi cerpen
ini banyak manfaat. Kita menampakkan kesan dan aplikasi dari apa

9

yang hendak
disampaikan melalui dakwah, bukan sekadar membaca kosong dari pengajaran, dan hambar
dari penyampaian. Dakwah ini tidak cukup sekadar mengkritik, tetapi kita mesti
melakukan juga apa yang kita kritik itu. Hal yang demikian, dakwah ini mestilah
berhikmah. Hikmah itu adalah bijaksana, bukan hanya lembut. Justeru,
persembahan karya sastera “cerpen sentap”
ini merupakan satu cabang menyampaikan tarbiah agar umat yang lalai dibuai
mimpi hari ini, kembali bangkit menjadi singa yang berani, daripada menjadi
kijang yang pengecut.