Animasi berkomunikasi dengan para pembaca untuk menyampaikan idea

Animasi
yang berasal dari bahasa latin iaitu anima
yang bererti jiwa, hidup, semangat. Sedangkan karakter adalah manusia, haiwan
mahupun objek nyata yang dibuat dalam bentuk gambar 2D mahupun 3D. Sehingga karakter
animasi dapat ditaksirkan sebagai gambar objek yang seolah-olah hidup.
Pengertian animasi menurut Ibiz Fernandes (2002), dalam bukunya Macromedia Flash Animation. Animasi
adalah sebuah proses merakam dan memainkan kembali semua gambar statik untuk
mendapatkan sebuah ilusi pergerakan yang boleh bergerak sendiri.

          Menurut Priyono, (2006) dongeng adalah
cerita khayalan atau cerita yang mengada-ada serta tidak masuk akal dan
mempunyai manfaatnya. Jadi, cerita yang terdapat di dalam dongeng adalah cerita
khayalan di luar akal fikiran, seperti, cerita Timun Mas ketika menebar biji
buah timun yang tiba-tiba berubah menjadi hutan lebat. Walaupun cerita dongeng
tidak masuk akal tetapi cerita dalam dongeng memiliki informasi serta mendapat
manfaatnya. Seperti, pesan moral agar menghormati dan menyayangi orang tua pada
kisah Malin Kundang yang berkisah tentang asal usul yang sebenar.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

          Menurut Hidayat, (2009) dalam artikel
yang bertajuk Pengaruh Dongeng Dalam
Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak, beliau menyatakan bahawa animasi dongeng
kepada kanak-kanak dapat membantu dalam proses perkembangan daya ingatan dan
dapat membantu dalam tingkah laku serta memberi pengetahuan tentang nilai murni
melalui Animasi dongeng. Jelaslah disini bahawa animasi dongeng dapat
memberikan impak dan kesan yang positif terhadap pekembangan kanak-kanak dalam
proses berkomunikasi melalui perceritaan animasi tersebut.

          Menurut Guffey dan Almonte, (2010)
komunikasi adalah pemindaan maklumat dan makna dari satu pihak (pengantar)
kepada pihak yang lain (penerima). Apabila kita berkomunikasi sebenarnya kita
sedang berusaha menimbulkan suatu persamaan dengan seseorang dalam berusaha
memberi informasi, idea atau sikap. Misalnya saya sedang berusaha berkomunikasi
dengan para pembaca untuk menyampaikan idea bahawa hakikatnya komunikasi
sebenarnya adalah usaha membantu menerima atau memberi komunikasi yang memiliki
pemahaman terhadap pesan tertentu.

          Menurut Dr. Lihanna, (2015) ibu bapa
perlu tahu bahawa setiap kanak-kanak berfikiran egosentrik yang bermaksud
mereka suka melihat dari perspektif orang lain serta meniru perbualan atau
pertuturan serta perilaku yang mereka nampak. Kanak-kanak adalah yang berusia 3
hingga 12 tahun. mereka harus dibimbing dan diberi perhatian yang lebih kerana
dalam proses mereka membesar mereka mengikut perbuatan dan perilaku
disekeliling. Mereka suka meniru dan menjadikan benda sekeliling sebagai proses
pembelajaran.